BAHAN-BAHAN:
· 3 ekor ikan saiz sederhana ikan kerisi @ lain2
· 2 batang serai diketuk
· 1 inci kunyit hidup
· 3 ulas bawang putih
· 3 ulas bawang merah
· 2 inci lengkuas
· daun kesom
· 1 keping asam keping
· secukupnya cili padi
· 2 cawan air
· secubit garam
CARA-CARA:
1. bersihkan ikan dan potong dua. basuh dengan perahan limau untuk hilangkan hanyir ikan
2. Lengkuas, kunyit, bawang putih dan bawang merah ditumbuk lumat. masukkan air kedalam periuk dan masukkan bahan yang ditumbuk. masukkan , asam keping dan serai.
3. didihkan diatas dapur menggunakan api kecil je..renihkan hingga mendidih sebentar
4. masukkan ikan, daun kesom dan cili padi yang diketuk sedikit
5. masukkan garam. bila ikan dah masak dan dah cukup rase boleh lah diangkat.
6. selamat menjamu selera...
No comments:
Post a Comment