Maksud Surah an-
Nas:Dengan nama allah yg Maha Pengasih lagi Maha penyayang.
Katakanlah (Ya Muhammad):aku berlindung kepada Tuhan yang mendidik manusia.
Raja manusia.Tuhan manusia.Daripada kejahatan bisikan syaitan biasa bersembunyi,
Yang membisikkan dalam hati manusia.Yaitu bangsa jin dan manusia
Maksud Surah Al-Falaq:
Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha penyayang
Katakanlah (Ya Muhammad):aku berlindung kepada Tuhan yang mengatur makhluk.
Daripada kejahatan makhlukNya.Dan dari kejahatan malam,apabila ia telah gelap.
Dan daripada kejahatan perempuan2 tukang sihir yg meniup dengan air ludahnya pada
buhul (simpul) tali,dan daripada kejahatan orang yang dengki(iri hati) bila dia melahirkan
dengkinya.
Fadhilatnya:
1)Aisyah menerangkan:Bahwa Rasulullah s.a.w pada setiap malam apabila
hendak tidur,beliau membaca Surah Ikhlas,Surah Falaq,Surah An Naas.
Ditiup pada kedua tapak tangan kemudian disapukankeseluruh tubuh dan kepala.
2)Sayyidina Ali menerangkan: Pernah Rasulullah digigit kala
,kemudian mengambil garam
,lalu dibacaknSurah Al-Falaq,Surah An-Naas dan
disapukan pada anggota yg digigit kala tadi
3)uqbah bin amir menerangkan:Ketika saya sesat jalan dlm
suatu perjalanan bersama dgn Rasulullah beliau membaca
surah Al-Falaq,Surah An-Naas dan akupun disuruh membacanya.
4)Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia,
hendaklah membaca
surah al-Falaq,Surah an-Naas 41kali.Tiga hari,lima hari atau tujuh hari berturut-turut.
5)Siapa takut akan godaan syaitan atau manusia,takut kegelapan malam
,takut kekejaman raja bacalah surah Al-falaq,Surah An Naas sebanyak 100 kali.
6)Uqbah menerangkan"Rasulullah berkata kepada daku:Maukah kuajar kepadamu 2buah surah
tidak terdapat bandingannya dalam Taurat,Zabur,Injil?"saya menjawab:"Baiklah ya Rasulullah"
kemudian Rasulullah membaca Surah Al-Falaq & Surah An-Naas.