Aku,adik2ku,sepupuku n kawan2ku selalu mencari @ memetik buah2 ini,tp sekarang
itu semua sudah tinggal kenangan,hanya tinggal 2 3 jenis saja yg masih ada.Yang lain2nya
dah berkubur disebabkan arus pembangunan....
buah jambu air
pokok jambu air
Aku x pasti nama sebenarnya,aku namakan jambu air jer sebab masa aku kecik2 dulu aku selalu
mandi sungai dan buah ni pun aku jumpa kat dalam air sungai,mungkin sebab dihanyutkan..
pokok ni jugak aku jumpa kat tepi sungai kampung aku laa..
jambu keling
Buahnya rasa masam + manis,aku makan camtu jer..pucuk buah jambu yg muda aku ambik
buat macam mkan sirih taruk garam kt dalam pastu lipat makan..sedappp rasa masam2...
buah jambu golok
Buahnya aku suka makan cicah garam atau buahnya dimasak lemak putih(kuning),
daunnya boleh dibuat ulam,bijinya dibakar pastu diketuk2 baru dimakan isinya...
jambu arang
Rasa buah ni sgt masam..lps mkan buah ni mulut n gigi kita akan jd hitam@merah
pokok sentul
buah sentul
Buahnya masam +manis,kulitnya aku suka buat sayur lemak
,buahnya juga enak dibuat jeruk kuah merah (org trg tau la)...
buah kundang
Buah ni ada warna hijau dan kuning,aku suka makan yg hijau
cicah dgn garam atau kicap,buahnya jugak org kg aku buat jeruk kuat merah
ada juga kuah putih tapi kureng sedap la..pucuk muda dia aku buat ulam dgn
nasi..
buah ara
buah ara
Juga dikenali sebagai buah tiin.Buah yg warna hijau,aku selalu ambik buat ulam dgn nasi.
Selepas aku besar ni baru aku tau rupa2nya yg warna merah lg sedap
klu dibuat kering (macam buah kurma)..Dulu buah yg masak pakai buang jer...
Buah gelang Tikus
Sori gambar x ada..Aku x tau org panggil nama apa yg sebenarnya.
Buahnya warna putih,kecil2 (duit 5sen lg besar kut),dalam satu tangkai
tu buahnya sgt lebat..sape2 yg tau namanya bleh bgtau aku yer..
buah kekut
Klau nak makan buah ni pastikan ambik yg betul2 dah masak iaitu
yg bewarna merah gelap,klau belum masak rasanya lebih kelat..
Satu lg sebelum mkn biasanya aku n org kg aku la gentel2 dulu buah tu
supaya rasanya lg sedap..
buah ngeke
Aku panggil buah ngeke jer,ada jugak org panggil buah tampoi.
Kulit tebal,isinya rasa macam buah rambai..
kekadang buah ni ada lg jual kt pasar kedai payang
buah saga
Buah ni sebenarnya bleh makan tau..
Aku masa kecik2 dulu selalu grg buah ni dgn pasir
lps tu ketuk dia punya kulit luar pastu bleh la mkn..(sedappp)
pokok gorek
Klu x silap aku ranting pokok ni berduri,sebab masa kecik2
dulu aku pernah terkena durinya..pokok ni agak jauh dari rumah aku
tp disebabkan nakal sanggup jgk masuk hutan kecil hahaha...
Buah dia aku buat main congkak tanah..
buah binjai
Pokok buah ni masih ada lg depan rumah aku...Pokoknya besar dan sgt tinggi.
Aku pernah rasa dari 3 pokok berlainan,rasanya jugak berlainan..
pokok pertama rasanya masam,pokok kedua rasanya manis dan
pokok ketiga rasanya kelat +pahit(pokok ni dah x de)..
Buahnya bleh dimakan begitu saje atau di buat jeruk perap dgn garam.
Arwah tok aku jgk pernah buat jeruk drpad bijinya..
Bijinya di jemur kering lps tu dikopek ambik biji bhgian dalam
lps tu biji dipotog 3@4,lepastu taruk air dan garam n dibiarkan
seberapa lama yg boleh sampai biji tu jd lembut..
kemudian boleh di makan dgn nasi..
aku buat cicah budu jer...isi dia pn sama buat cicah budu..
(Sampai skrg sudah 3thn jeruk binjai ni masih ad lg kt umah aku,
tp x der org dah nk mkn sbb trlalu bnyk)
buah rambai
Aku paling suka makan buah rambai..Kulit dia buat
sayur lemak putih..perghhh sedap gile
buah petai
Ayah aku selalu panjat pokok petai,kekadang tu jual pun x laku..
Petai yg dh masak Arwah ibuku buat petai jeruk..
Masa kecik2 dulu aku selalu ambik bunga petai buat nyanyi
sebab bentuk bunga patai mcm microfon..hehe
jering
jering rebus
Jering yg tua(jering terbang org kg aku pngl) ayahku buat rebus
dicampur dgn akar2 kayu @kulit kayu terpilih saje..
Lepas dh mask kitaorg tumbuk dlm lesung biar jd kembang
pastu baru cicah dgn kelapa (sedapp),
Jering muda buat ulam dgn nasi..
Bila aku dah merantau baru aku tau rupa2nya
jering jgk bleh dibuat sambal atau gulai..klu x aku takut
nk masak cmni sbb org dulu2 kt area pantai timur
cakap klu buat msk @ makan dgn nasi panas nnti
kena sepit nak kencing susah....hahahahaaaaaaaaaaa...
buah markisa
Masa aku kecik2 aku x tau nama buah ni,jd aku pngil
buah oren kampung jer..rasa masam tp sedap
pulasan
Pokok pulasan sama macam pokok rambutan..
Tapi kulit buahnya tebal dan isinya nipis dan manis
buah ulat bulu
Pokok jenis menjalar..aku selalu jumpa kt tepi2 pagar kebun orang..
Isinya seperti buah markisa,rasa masam manis..
buah gelugur
Kelopak bunga yg warna merah tu aku buat mkn cicah dgn garam..
Buahnya yg dh masak(warna kuning) dipotong3 nipis
dan dijemur sampai kering..buat asam keping
buah keranji
Ayahku selalu bawa blik untuk kami adik beradik..
Tp x tau la plak dia ambik dr kg mana?
Rasanya boleh tahan la..
buah bidara
bidara
Rasa sedap tp bila digigi sedikit belendir..
Buat jeruk pun sdp..
pinang
Bijinya bleh dimakan dgn sireh..
Aku jgk pernah ambik upah dulu jual bijinya
tp sebelum tu buah pinang kena keluarkan bijinya
lepastu dijemur kering...Dah betul2 kering
baru dijual...aku xpasti apa kegunaannya..
buah kerdas
Biasanya buah ni org buat ulam dgn nasi jer..
Tp aku x pernah makan..
BUAH KUANG
Sori gambar x de..Aku x pasti nama sebenar buah ni tp
aku pngil buah kuang jer..Bentuknya mcm buah mata kucing
isinya sgt masam,tapi bijinya tak lekang mcm buah mata kucing..
Time kitaorg gi mandi sungai dulu selalu mkn buah ni..
Sbb buah ni ada kt tepi sungai kg aku...
pokok berangan
Buahnya biasa digoreng atau dipanggang,isinya rasa lemak manis
buah perah
Direbus,dibuat jeruk...rasanya seakan buah getah
buah getah
Aku dulu selalu gi kutip buah ni buat main congkak..
lagi satu kami lagakan buah getah,tengok buah getah sape yg pecah
org tu yg kalah...Aku x tau plak buah ni bleh makan sebab
org kg aku x pernah makan pun..
Kat pahang buah ni buat masak asam rong...
macang kumbang
Orang kg aku panggil buah macang kumbang sebab buah ni
bila dah masak kulitnya warna purple...isi dia warna
kuning telur,,rasa memang sedap..buah ni rasa dia
tak sama dgn buah macang biasa...
Pokok dia sama macam pokok macang biasa..
Nama Tempatan: | Gelam Tikus |
Nama Saintifik: | Syzygium inophylla |
Nama Lain: | enggelam tikus |
Famili: | Myrtaceae |
Lokasi dijumpai: | Tumbuhan Liar |
Asal: | Tumbuhan tempatan |
keterangan: | |
Gelam tikus merupakan sejenis tumbuhan liar yang juga merupakan ulam yang digemari dikampung-kampung kerana rasanya yang enak .Tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Myrtaceae ini berkongsi keluarga dengan 1100 spesis tumbuhan lain. tumbuhan dari keluarga ini asalnya daripada afrika dan madagaskar namun kini telah beradaptasi dan menjadi tumbuhan asli dikawasan asia.Kebanyakan spesis dari keluarga ini masih ditidak dikenali dan amat sedikit maklumat mengenai taksonomi tumbuhan daripada keluarga ini. antara tumbuhand dalam keluarga yang sama yang boleh dimakan dan biasa dijumpai di Malaysia ialah kerian, samak dan salam (serai kayu). Buah gelam tikus berwarna putih dan berbentuk beri. Pucuknya yang muda berwarna merah jambu dan sedap dijadikan ulam. Gelam tikus mempunyai batang berkayu dan merupakan tumbuhan dari kategori tumbuhan renek (pokok kecil). Habitat semulajadinya selalunya dikawasan semak yang lapang dan biasanya dijumpai tumbuh liar dipinggir sawah padi.Tumbuhan ini merupakan tumbuhan dari keluarga sama dengan tumbuhan lanskap yang popular iaitu kelat paya. dengan kadar pertumbuhan dan kerimbuhan yang sama.jadi ia juga merupakan tumbuhan yang amat sesuai untuk dijadikan tumbuhan pagaran. Gelam tikus membiak melalui 2 cara pembiakan yang utama iaitu keratan batang dan biji benih. Ia merupakan sejenis tumbuhan yang tahan lasak dan senang dijaga. | |
kegunaan: | |
Sebagai tumbuhan ulam dan pagaran |