Pages

Jenis Ubi

                                                             pokok ubi lekir

Aku pernah makan ubi ni sbb bnyk kt depan rumah aku,
rasanya memang sedap...Ubi ni hanya sebiji bentuk bulat & besar.
Selepas ubi ni dicabut biarkan dulu 2, 3 hari dibawah air hujan,
lpstu bleh dibuang kulit kemudian direbus atau digoreng..
Tapi kena ingat pokok lekir ni banyak jenis ada yg tak boleh dimakan,
yg boleh dimakan hanya ubi yg mempunyai btg  bercorak
hijau muda..btg yg berwarna gelap atau hitam dikhuatiri beracun
dan boleh menyebabkan gatal seluruh badan..\


                                                                pokok ubi gadong
                                                                        ubi gadong

Masa kecik2 dulu aku pernah g masuk hutan kecil dpn rumah aku 
utk cari ubi gadong ni.
.Ubi gadung adalah tumbuhan beracun dan satu-satunya tumbuhan liar yang boleh hidup dalam apa jua keadaan cuaca. Ia boleh hidup bertahun lamanya dan amat sukar untuk mati. Ia dikategorikan sebagai tumbuhan liar yang hidup menjalar dan memanjat serta boleh memanjang hingga 20 meter dengan batangnya yang berduri.
Sebenarnya ubi ini boleh dibezakan dengan ubi yang lain melalui bentuk daunnya. Ubi beracun ini mempunyai daun berbentuk hampir tiga segi yang tidak bercantum antara satu sama lain. Bunganya amat jarang ditemui tetapi jika ada, ia akan tumbuh di bawah daun dengan warna kekuningan dan berbau wangi.

sebenarnya ubi ini  boleh di makan tapi kena guna cara yg betul...
Ini cara2 keluarga aku selalu gunakan..
selepas ubi gadong dicabut,kami akan rendam dulu ubi ni dalam air sungai 
selama seminggu kemudian baru boleh direbus atau digoreng..
Klu tak ikut langkah yg betul boleh menyebabkan maut..

Isi atau ubi tumbuhan ini membesar di dalam tanah seperti ubi kayu dan keledek. Di dalam satu liang, terdapat beberapa biji ubi dan bentuknya agak bulat serta berkulit keras nipis. Kulitnya berwarna coklat kekuningan dan isinya pula kuning keputihan. Namun begitu, apabila ubinya terlalu tua dan kulitnya telah bertukar warna menjadi kehijauan, ia mengandungi kuantiti racun yang tinggi. Saiz ubi gadung boleh membesar hingga mencapai beberapa kilogram.



pokok ubi keling
                                                                        ubi keling

Ubi keling merujuk kepada sejenis ubi yang kecil dan berkulit hitam. Nama saintifiknya adalah Plectranthus rotundifolius (Poiret) Sprengel. Di Indonesia, ia juga dikenali sebagai kentang Jawa atau kentang Ireng. Ubi ini boleh dimakan selepas direbus.


 
 ubi torok

Ubi rasanya lain dari yg lain..banyak terdapat di
kelantan & Terengganu




                                                                 pokok dan ubi keladi
                                                      
Pokok keladi terdapat dengan meluas di negara kita dengan pelbagai spesies pokok keladi seperti keladi hutan, minyak, gajah, putih, betawi, udang. Pokok keladi ini mempunyai pelbagai warna daun, tumbuh subur di kawasan bertanah gambut yang redup.
Pokok keladi lebih sesuai sebagai tanaman hiasan, sama ada ditanam dalam pasu atau di halaman rumah kerana tumbuhan ini hanya memerlukan cahaya matahari yang sederhana. Ia juga boleh ditanam di dalam pasu bagi menghiasi kawasan dalaman rumah.
Sekiranya terdedah kepada langsung kepada bahang matahari yang terik, ini akan menyebabkan daunnya pucat dan cepat layu. Kadar suhu paling sesuai bagi tanaman ini antara 25 hingga 30 darjah Celsius.
Pokok keladi dari keluarga Araceae dengan nama saintifiknya Caladium. Ia membiak menerusi ubi atau rizomnya pada paras permukaan tanah saja. Antara variasi keladi yang cantik dan menjadi pilihan peminat seni taman ialah Caladium Bicolor yang mempunyai warna merah cerah di tengah dan hijau pada bahagian tepi daunnya. WARNA putih dan berjalur hijau nampak cerah dan menawan.
Caladium Splendens yang hidup meliar di kebun kelapa sawit dan getah mempunyai daun sederhana besar yang berwarna hijau berbintik merah dan putih.
Keladi Changjur pula menyerlahkan kecantikannya dengan urat daun yang berwarna putih seolah-olah membahagi-bahagikan kehijauan klorofilnya. Bagaimanapun, keladi Hortulanum pula mempunyai urat daun yang berwarna hijau dan latarnya berwarna putih. Keladi Humboldtii Schott ada urat daun berwarna merah berlatarkan warna hijau dan berbintik putih.
Perbezaan seperti inilah ditakrifkan sebagai suatu kesenian yang ada pada setiap jenis pokok keladi.
Baja paling baik untuk meningkatkan kesuburan pokok keladi ialah bahan yang mengandungi kadar nitrogen yang tinggi. Selain keladi berwarna-warni, keladi hutan atau keladi yang boleh dimakan seperti keladi betawi, keladi udang, keladi minyak boleh dimanfaatkan untuk hiasan taman.
Bahkan, ramai peminat seni taman berminat menanam keladi gajah yang mempunyai daunnya yang melebar walaupun hanya mempunyai satu warna iaitu hijau.
Sesetengah peminat seni taman sanggup membina sangkar kalis panas untuk mengekalkan suhu dan kelembapan bagi membolehkan pokok keladi hidup dengan subur. Teknik ini membolehkan keladi ditanam di atas tanah dan tidak perlu menggunakan pasu. Kesuburannya juga tidak terbantut.
Kebijaksanaan penanam amat penting untuk menyusun tona warna keladi supaya kelihatan lebih menarik. Misalnya, keladi berwarna digabungkan dengan keladi hijau yang bersinar daunnya dan pada bahagian belakang pula diserikan dengan latar keunikan warna daun pokok andung (Cordyline Terminalis Var) yang berwarna merah dan hijau florosen.
Bagi pokok keladi yang tidak tinggi latarnya boleh dihiasi dengan pokok pisang sepit, Dracaena atau tumbuhan kumpulan Pleomele (pandan India) yang boleh dibiakkan dengan keratan batang.
Keladi putih pula boleh diserlahkan keunikan daunnya dengan menanam pada rumpun pokok palma yang berdaun hijau tua dan persekitarannya boleh dihiasi sama ada dengan batu kerikil, batu bukit atau batu pulau.
Bagi keladi gajah atau keladi gergasi, penanamannya kelihatan lebih menarik apabila pokok bunga mawar, bunga lili atau carnation dijadikan objek hiasan bawahan.
Peminat pokok keladi harus diingat, penanaman di dalam rumah juga masih memerlukan sinar cahaya matahari. Keladi yang mendapat sedikit cahaya terutama di tempat yang gelap menjadikan tangkainya panjang dan sukar diurus.

[sunting]Jenis-jenis keladi

  1. Pokok Keladi Sebaring
  2. Pokok Keladi Seberang
  3. Keladi Tikus
  4. Keladi Kemoyan
  5. Keladi Merah

                                                                 daun ubi stele(keledek)




                                                                    ubi stele

Nama botani : Ipomoea batatas
Famili : Convolulacea
Nama lain : ubi jalar, ubi jawa, ubi ketela, ubi setela(stello) dan ubi rambat

Pengenalan

Keledek adalah sejenis ubi yang banyak digunakan untuk membuat pelbagai jenis makanan dan kuih muih. Pokok jenis menjalar ini boleh dibiakkan melalui ubi dan keratan batang. Keseluruhan pokok ini mengandungi getah.

Kegunaan
Keledek juga ada nilai dalam perubatan tradisional. Ianya boleh mencerahkan mata dan mengubati penyakit bisul. Ubi keledek ada berbagai varieti. Ubi keledek manis rasanya, ia baik untuk penghadaman serta berkesan untuk mengatasi masalah rabun pada waktu malam, sekaligus mencerahkan mata. Pucuk keledek juga boleh dimasak lemak.

Ubi keledek kaya dengan karbohidrat, karotena, selulosa dan musin(sejenis protein). Ia boleh menguatkan limpa dan perut serta merangsangkan pengaliran tenaga. Daun keledek dapat digunakan untuk merawat penyakit bisul iaitu dengan menumbuk daun keledek hingga lumat sebelum ditampal ke mata bisul.

                                               pokok ubi kayu




ubi kayu

Nama Botani: Manihot Esculenta
Famili : Euphorbiaceae

Pengenalan
Pokok ubi kayu berasal dari Amerika Selatan. Pokok ubi kayu merupakan tumbuhan berbatang rapuh dan mudah patah. Batangnya berbentuk bulat dan bergerigi yang disebabkan bekas pangkal tangkai daun. Bahagian tengah batangnya mempunyai gabus. Pokok ubi kayu biasanya mencapai ketinggian sehingga 4 meter. Ia mudah ditanam dan penjagaannya juga tidak sukar. Pokok ini boleh ditanam menggunakan keratan batang. Ia tumbuh subur di kawasan yang berketinggian 1200 meter dari aras laut. Daun pokok ubi kayu memiliki tangkai panjang dan setiap tangkai mempunyai daun sekitar 3-8 helai. Kulit batang ubi kayu mengandung tanin, enzim peroksida, glikosida dan kalsium oksalat.

Kegunaan

Pada zaman pemerintahan Jepun di Tanah Melayu, ubi kayu menjadi makanan pilihan setelah bekalan beras sukar diperolehi. Ia juga mnejadi makanan pilihan semasa musim tengkujuh. Ubi kayu boleh direbus, dibakar, digoreng, dijadikan kerepek dan kuih muih tradisional.

Selain ubi yang boleh dimakan, daun dan bahagian pokok ubi kayu juga ada gunanya untuk kita. Untuk merawat reumatik, 5 helai daun ubi kayu dan satu sudu besar kapur sirih ditumbuk sehingga lumat dan ditampal pada tempat berkenaan. Sepotong batang ubi kayu direbus bersama 3 gelas air sehingga mendidih, kemudian ditapis dan diminum dua kali sehari(waktu pagi dan petang) dipercayai dapat meredakan demam. Manakala daunnya yang dilumatkan dan ditampal pada bahagian kepala dapat mengatasi sakit kepala. Air rebusan daun ubi kayu juga dikatakan dapat merawat cirit birit. Pucuk ubi kayu yang dicelur dan dimakan sebagai ulam dapat menambah selera makan. Tangkai daun yang muda ditumbuk halus atau buah ubi kayu yang diparut boleh digunakan untuk luka bernanah.