Friday 29 April 2011

Laksam Terengganu


RESEPI UNTUK MEMBUAT LAKSAM (3-4 orang makan)

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
4 cawan air suam

Cara-cara masak:
1. Campur semua bahan di atas dan kacau hingga sebati. (nak senang blend je)
2. Lenserkan minyak pada tudung periuk.
3. Tuangkan tepung tadi ke atas tudung periuk dan kukus dalam masa 3-4 minit.
4. Bila dah masak, angkat tudung periuk tadi dan gulung laksam yang telah masak.

RESEPI UNTUK KUAH

1/2 kg ikan selayang@sardin / kembong (direbus dan diambil isi)
1/2 kg santan pekat
1 inci halia
6 ulas bawang merah
sedikit lada hitam
garam, gula dan perasa

Cara-cara masak:
1. Kisar halia, bawang merah dan lada hitam.
2. Masukkan santan, isi ikan, air dan bahan yang dikisar ke dalam periuk.
3. Masukkan garam, gula dan perasa.
4. Kacau sehingga masak.

Ulam-ulaman (dipotong halus-halus/diracik)

Timun
Kobis
Kacang panjang
Bunga kantan
Daun kesom

~ Sedap dimakan dengan belacan dan cili boh

Roti Keramat Terengganu


Bahan-bahan:
500 gm tepung gandum
3 sudu besar gula
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 biji telur
375 ml air
Secubit garam
Minyak masak secukupnya
Cara membuat:
1. Satukan gula, garam, soda bikarbonat dan telur. Kacau sebati.
2. Masukkan air, kacau lagi sehingga larut semuanya.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau perlahan-lahan. Pastikan ia tidak berpintal atau berketul-ketul. Uli hingga menjadi doh.
4. Sapukan tangan dengan sedikit minyak agar ia tidak melekat, uli dan bentukkan memanjang.
5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.

Qasidah Terengganu


BAHAN-BAHAN:
 600 gm tepung gandum
500 gm gula
750 ml santan
bawang goreng
sedikit garam


CARA MENYEDIAKAN:
1. Satukan tepung gandum,garam, santan, gula 
2. Kacau adunan di atas api sederhana hingga kental dan berkilat.
3. Angkat dan tuangkan adunan ke dalam dulang, lapikkan daun pisang. Biarkan sejuk.
Bentukkan seperti bunga ros.
4.Salutkan dgn bawang goreng.

Blueberry Cheese Kek


Bahan2 Tapaknya
200gm biskut marie
80gm mentega(3sudu)

Lapisan utama
250gm creeme cheese
200gm fresh cream/whipping creame
1sudu besar jus lemon
3sudu tepung jagung
2biji telur
90gm gula

blueberry-hiasan

Cara2:
1)Untuk tapak cairkan mentega,gaulkan dgn biskut yg telah dihancurkan.
Bila dh sebati masukkan dlm bekas kek & tekan2kan,kemudian
letak dlm peti ais 30minit
2)Pukul creame cheese,gula sampai sebati,kemudian masukkan
fresh creame,telur,jus lemon..Pukul lagi sampai gebu (kembang)
Jika lembik tambah tepung jagung/tepung gandum.
3)Ambik biskut dlm peti ais tadi ,letakkan bancuhan tepung tadi
4)Bakar dalam ketuhar selama 60minit-150'c
5)Apabila dh masak sejukkan dulu kek tadi,kemudian
bolehlah dihiaskan dgn blueberry..



Cheese Kek Simple


Bahan-bahan ( 18 cm )
·       250g cream cheese
·        200cc/ml fresh cream/plain yogurt
·        2 sudu besar jus lemon
·        3 sudu besar tepung gandum
·        2 biji telur
·        90g gula
Cara-cara
1.    Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
2.    Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
3.    Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
4.    Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
5.    Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.

Kerabu Jantung Pisang


Bahan2
1biji jantung pisang-dihiris dan direbus
10biji cili padi-dihiris halus
2biji limau-diambil air
2sudu besar kerisik
3ulas b.merah-ditumbuk halus
sedikit udang kering-ditumbuk
garam & serbuk perasa

Cara2
Gaulkan b.merah dan udang hingga sebati.Masukkan jantung pisang,
garam,kerisik.Gaul hingga rata semuanya.akhir sekali masukkan 
perahan air asam limau..

Keladi masak asam rebus




Bahan-Bahan :
1) sayur keladi-dibuang kulit dan dicelur hingga separuh empuk dgn asam keping
2)Seekor ikan selayang-direbus &diambil isinya(hancurkan)
3) lada kering-dikisar
4) bawang besar-dikisar
5) bawang putih-dikisar
6) belacan
7) asam keping
8)daun kesum
9) garam
10) ajinomoto
11) air

Cara2
Masukkan air dalam periuk dan semua bahan kat atas..
apabila air dah menggelegak masukkan btg keladi td.
Bila dh empuk bolehlah dihidangkan..

Keladi masak rebus

Bahan2:
1 ikat batang keladi, di potong kira2 3 inci panjang, dibersihkan, dibuang kulit
luar dan di rebus dgn asam keping hingga separuh  empuk

Bahan2 utk di kisar:
1 biji bawang besar atau 5 ulas bawang merah-ditumbuk
2 ulas bawang putih-ditumbuk
 ikan bilis-ditumbuk
1 sudu kecil lada hitam-ditumbuk
3 tangkai cili api-diketuk
1 keping asam keping

garam dan gula secukup rasa.
air secukupnyer.



Cara:
-masukkan kesemua bahan2 yg telah ditumbuk ke dalam periuk ,kecuali batang keladi.
- rebus hingga mendidih
- setelah mendidih barulah di masukkan batang keladi, biarkan ia mendidih sedikit lagi.
- Kemudian boleh la di matikan api dan sedia untuk di nikmati.

Thursday 28 April 2011

Kuih Lompang

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan tepung beras 
1 sudu makan tepung ubi
 
1 sudu kecil air kapur
 
1/2 cawan gula pasir
 
1/2 cawan gula merah/ gula melaka

2 cawan air 
Daun pandan
 
Kelapa parut putih dengan secubit garam ( kukus sebentar bersama daun pandan yang disimpul)
 

Cara Membuat
: 

1. Satukan gula merah/ gula melaka dan gula pasir dalam periuk kecil . Kemudian masukkan 1 cawan air bersama daun pandan. Masak atas api kecil sehingga gula larut. Sejukkan.
 
2. Satukan tepung beras dan tepung ubi dan tuang satu cawan air dan air kapur. Gaul rata
 dan msukkan air gula yang telah sejuk tadi. Gaul hingga sebati.
3. Tapis adunan dan tuang dalam acuan lompang yang telah disapu dengan sedikit minyak.
4. Kukus 10 minit atau hingga masak. Apabila dah masak kuih akan jadi berlubang di tengahnya.Gaulkan dengan kelapa parut yang di kukus tadi. 

Kuih bronok sagu




Bahan-Bahan:

2 cawan biji sagu (rendam dulu selama 1 jam untuk kembangkn biji sagu) 
1 1/2 cawan gula
 
3 sudu besar perisa sirap ros/ pewarna merah

2 cawan air
Kelapa parut ambil yang putihnya saja 
Secubit garam
 

Cara membuat:

1. Sejat sagu yang direndam tadi. Masukkan ke dalam periuk bersama 2 cawan air
. 
2. Masukkan gula dan perisa sirap ros menggunakan api yang perlahan kerana sagu mudah melekat pada periuk jika api besar. Kacau tanpa henti hingga ia menjadi pekat.
 
3. Kacau sehingga sagu kelihatan berkilat.Jika terlalu keras hingga sukar nak kacau,tambah air sedikit dan kacau lagi. Tutupkan api.
 
4. Tuang ke dalam bekas dan sejukkan.Potong mengikut citarasa. Gaulkan kuih dengan kelapa parut yang telah digaul garam.

Kerabu pucuk paku


bahan2:
1 mangkuk pucuk paku dicelur separuh masak
1 ekor ikan sardin-direbus & diambil isinya
2 sudu besar kelapa parut-digoreng
1 sudu besar air limau nipis
1 tangkai cili merah-dipotong
1 labu bwg besar-ditumbuk kasar
sedikit garam & gula

Cara2:
Gaulkan kesemua bahan ini di dlm kuali dgn api yg kecil..
Dlm 2minit bleh lh diangkat..perahkan air asam limau.


Tumis air pucuk midin


BAHAN-BAHAN :
2 ikat pucuk midin
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit ikan bilis-ditumbuk kasar
sedikit lada hitam-ditumbuk
air secukupnya
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
- Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bawang sampai menjadi layu , kemudian masukkan  ikan bilis,lada hitam dan kacau sehingga terbit bau wangi , masuk air dan dan pucuk midin. garam secukup rasa..Siap boleh dihidangkan


Tumis air pucuk manis


Bahan2:
seikat pucuk manis
1 labu bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 biji cili merah*
sedikit ikan bilis* (*ditumbuk)
1/4 air


Cara2:
1. Lurut pucuk manis dari tangkainya dan bersihkan sambil carik-carikkan.
2. Tumis bahan2 yang telah ditumbuk tadi sehingga naik bau.
3. Masukkan pucuk manis, air dan biar merenih. Selepas itu bolehlah masukkan sedikit perisa.

Tuesday 26 April 2011


Bahan-bahan:
1 kg beras
1 kg bawang merah(1/2 kg  dikisar ,1/2 kg dijadikan bawang goreng)
1 kg gula
1 kg daging
1 ekor ayam [potong kecil]
2 kg santan
250 gram kacang hijau
500 gram ubi keledek
250 gram kerisik
5 batang serai
5 cm halia
5 ulas bawang putih
6 sudu besar rempah asyura [rempah khas untuk bubur asyura]
Garam secukup rasa
Topping/Hiasan
kelapa goreng
isi ikan hancurkan]
telur dadar [hiriskan]
Cara Membuat:
1. Masakkan beras, kacang, keledek,daging dan ayam sehingga lembut dan hancur.
2. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan serai.
3. Masukkan dalam rebusan beras dan daging tadi.
4. Masukkan rempah, kerisik, bawang goreng dan santan.
5. Masukkan garam dan kacau sehingga rata dan masak pekat.
6. Tuangkan dalam loyang atau bekas kecil.
7. Sejukkan dan boleh dihidangkan

Ayam Percik Terengganu

Resepi: Ayam Percik Terengganu

05SEP
Resepi: Ayam Percik Terengganu
Ayam Percik Terengganu
Bahan-bahan:
  • 5 ketul ayam
  • 200 ml santan pekat (1 kotak kecik santan)
  • 4 ulas bawang merah (dikisar)
  • 1 inci setengah halia (dikisar)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1 sudu besar cili giling
  • 2 keping asam keping
  • Sedikit belacan
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
  1. Panaskan santan di atas periuk.
  2. Masukkan  pula bawang, halia, cili giling, belacan dan serai.
  3. Kacau sebentar sehingga sebati.
  4. Masukkan ayam. Dan biarkan sehingga empuk.
  5. Keluarkan ayam dan asingkan sebentar. Teruskan memasak kuah ayam.
  6. Masukkan asam keping, gula dan garam.
  7. Kacau sehingga bahan-bahan sebati. Biarkan sehingga kuah pecah minyak dan kuah pekat.
  8. Tutupkan api apabila sudah masak.
  9. Sapukan pula sedikit garam pada ayam tadi dan panggangkan sebentar.
  10. Apabila ayam sudah masak, hidangkan dan curahkan kuah tadi ke atas ayam.
  11. Sedia untuk dinikmati.
PS: Jika tidak boleh memanggang, ayam tadi boleh digaul garam dan sedikit kunyit dan digorengkan sebentar. Selepas itu barulah curahkan semula kuah tadi pada ayam goreng itu.

Asam Pedas Terengganu


                                         


BAHAN-BAHAN:
·                     3 ekor ikan saiz sederhana ikan kerisi  @ lain2     
·                     2 batang serai diketuk
·                     1 inci kunyit hidup
·                     3 ulas bawang putih
·                     3 ulas bawang merah
·                     2 inci lengkuas 
·                     daun kesom
·                     1 keping asam keping
·                     secukupnya cili padi
·                     2 cawan air 
·                     secubit garam

CARA-CARA:
1.             bersihkan ikan dan potong dua. basuh dengan perahan limau untuk hilangkan hanyir ikan
2.            Lengkuas, kunyit, bawang putih dan bawang merah ditumbuk lumat. masukkan air kedalam      periuk  dan masukkan bahan yang ditumbuk. masukkan , asam keping dan serai.
3.            didihkan diatas dapur menggunakan api kecil je..renihkan hingga mendidih sebentar
4.            masukkan ikan, daun kesom dan cili padi yang diketuk sedikit
5.            masukkan garam. bila ikan dah masak dan dah cukup rase boleh lah diangkat.
6.            selamat menjamu selera...